Pages

Wednesday, April 11, 2012

Si Gadis terpikat dengan lelaki bermain Gitar?


Love Rain (korean drama)

Lima daripada 10 orang lelaki biasanya pandai main gitar ataupun apa sahaja alat muzik.Wanita pula mudah tertarik pada lelaki yang pandai bermain guitar.tak kisah lah gitar letrik ke,gitar kapok ker,janji pandai main.Ada di luar sana menyatakan hati mereka yang keras boleh cair apabila dipujuk dengan muzik gitar.Adakah fakta ini boleh diguna pakai?

MENGAPA WANITA MUDAH JATUH HATI?

1.Nampak lebih “sweet”
Lelaki yang pandai bermain gitar kebanyakanya berjiwa sentimental.mereka ni lebih sensitive dengan perasaan yang ada pada wanita.Bunyi petikan dengan soft tunes memang sangat menyentuh hati mereka.itulah yang dinamakan “sweet”bagi mereka.

Faizal Tahir

2.Seorang yang “cool”
Kebiasaannya,lelaki yang bermain gitar nih seorang yang santai.Agak jarang marah.Bermain gitar bagi lelaki ibarat melepaskan tekanan yang ada dan luahan perasaan mereka.Mereka senang dibawa berbincang dan wanita jadikan mereka tempat untuk meluahkan perasaan.

Jonghyun CnBlue


3.Seorang yang “romantik” 
Bayangkan ketika anda(wanita)sedang menikmati makan malam.tibe-tibe ada seorang lelaki mendedikasikan sebuah lagu yang di petik melalui gitar kepada anda.Wahh….!!confirm anda akan senantiasa senyum sepanjang hari.sampai x tido malam jadinyer.

Sham Kamikaze

4.Aura tersendiri
Lelaki yang serius tapi rajin bermain gitar kepada pasangan mereka akan lebih didekatidan disayangi kerana ada stail tersendiri dalam kehidupan mereka.Wanita pula lebih suka meluahkan perasaan mereka melalui muzik.Itulah sebabnya jiwa mereka juga lebih terdorong dan untuk berdamping dengan mereka yang mempunyai minat sama. 

Ustaz Azhar Idrus

5.Pemikiran lebih teliti
Lelaki yang suka bermain gitar tidak ada masa untuk bersembang tentang perihal orang lain.Mereka kebiasanya gemar bercampur dengan kelompok mereka yang sama minat,berbincang perkara baru mengenai muzik atau sekali sekala berkongsi perasaan tentang hati dan apa yang dimahukan oleh seorang wanita. Ada sesetngah daripada mereka mampu mengubah atau mencipta lagu sendiri berdasarkan pengalaman yang mereka hadapi.
  
 Tips untuk Lelaki.
-        Belajarlah bermain gitar walaupun ” basic”.
-        Rajin-rajinlah berteman dengan kumpulan gitar.
-        Jangan asyik bermain sehingga lupa tanggungjawab.
-        Elak sesekali bermain gitar untuk”memancing” lebih banyak wanita.
-       Jangan bermain gitar tak kira masa dan tempat.

jangan jadi macam ni sudah......

No comments:

Post a Comment