Pages

Wednesday, April 18, 2012

Adakah Anda Dan Si Dia Sehaluan??


       Entri cinta lagi,hu,hu2..tibe-tibe rasa nak menulis pulak pasal harini, ok kita masuk ke topik kita pada harini iaitu tentang "chemistry" cinta pada zaman sekarang.Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai bererti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. 

     Mungkin pada anda kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain.Tapi, bagaimana pula jika anda berdua berbeza prinsip? Di mana teman anda itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg anda berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. 

     Jika di dalam soal ini, anda harus pandai memainkan peranan anda utk menjamin kebahagiaan perhubungan anda. Jangan pula anda sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Anda seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada anda juga.

 
Contoh Hantaran mengikut taraf pendidikan zaman sekarang.

Masalah Pendidikan


     Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti anda. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada anda.



    Anda harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn anda berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. 


   Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin anda lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna taraf anda terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, anda haruslah menghormatinya. Mungkin juga anda merasai, anda telah dibelakangi, tetapi jgn anda membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu. 

Usia bukan penghalang.Mohd. Nor Musa, 38, suami kepada seorang warga
 emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundu

Masalah Usia

   
Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. 


   Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan anda pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu.


     Jadi anda harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu. antara contohnya seperti cinta Mek Wook kundur yang berusia 108 terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan umur mereka hampir 69 tahun.

Filem Ibu Mertuaku,lakonan P.Ramlee dan Sarimah
Masalah Keluarga

     Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila anda dan pasangan anda tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya.Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan.ada juga keluarga yang mementingkan harta,sama seperti kita melihat cerita-Filem-filem hindustan dan filem P-ramlee seperti Ibu Mertuaku atau Penarek Becha dimana majoriti jalan ceritanya adalah cerita cinta yang berlainan darjat.



    Mungkin zaman moden sekarang ni ada kes2 sedemikian.Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubungan anda, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, anda tidak boleh menyalahkan si dia. 


     Anda harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini anda harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Anda tahu kan itu semua utk anda juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu. 


   
Drama Snow Queen


Kepercayaan

      Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu.



     Anda haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidup anda si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Anda haruslah cuba faham. Mungkin hari yg anda tetapkan tidak sesuai baginya.