Pages

Friday, May 11, 2012

Cara Lelaki Menguji Wanita

   Entri boys vs Girl kali ini ingin berkongsi dengan anda semua rahsia bagaimana cara lelaki menguji teman wanita mereka.samada anda ( wanita) perasan atau tidak.ini adalah salah satu cara lelaki ingin mengetahui keikhlasan hati mereka dalam perhubungan.

1. Adakah si dia materialistik? 

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
 

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu:
 Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya
                       dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus
                        memakainya. Kamu lulus.
Movie Adnan Sempit
Mengajak menikmati hidangan yang murah
 
Reaksi kamu:
 Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan 
                       dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati 
                       hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.



2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan
cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan 
cara ini:


babak dalam My super ex girlfriend movie

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan 

                       tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja 
                       diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan
                       itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

 
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon
                       perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar.
                        Anda lulus.



3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah 
cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji 
dengan cara ini:



Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: ”Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. 
                        Anda gagal.
Reaksi kamu: ”Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan 
                        hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.




Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: ”Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, 
 si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:
Drama korea  Secret Garden
Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang     
                       dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain.
                       Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

 

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu.

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. 
                        Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik 
                       dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

ha! amacam?? ada tak yang pernah kena?? mesti ada kan.. so lepas ini.. berhati-hatilah.. hafal setiap jawapan yang diberi itu ye.. hihi ;-)

Thursday, April 19, 2012

Masuk Paper Bro

Waaah,macam x percaya pulak member aku masuk paper minggu nih.Member yang aku maksudkan ni adalah admin "LAN"blogspot.Meh aku cerita serba sedikit tentang dye nih.Lan antara salah seorang member aku yang agak fanatik kat action2 figure ni.Boleh katakan every sem dye akan beli 2 atau 3 action figure.antara favorite action figure yang dye suka sangat kumpul adalah Kamen Rider.Kalo tengok koleksi dye boleh mencecah hingga 5k-10k.Bukan setakat kumpul action figure,dye ni pown kaki Gitar.Hari2 main gitar.tapi x lah 24 hours.so kalo korang nak belajar basic lagu.belajarlah dengan dye.huhuhu..

KOSMO ( 18/4/2012)
p/s :-Dalam beberapa hari nih,Lan mengalami sakit sendi di bahagian belakang dye.Aku doakan moga dye sembuh dengan cepat,dan boleh meneruskan study dye di UiTM shah Alam. Fighting!!

Wednesday, April 18, 2012

Adakah Anda Dan Si Dia Sehaluan??


       Entri cinta lagi,hu,hu2..tibe-tibe rasa nak menulis pulak pasal harini, ok kita masuk ke topik kita pada harini iaitu tentang "chemistry" cinta pada zaman sekarang.Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai bererti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. 

     Mungkin pada anda kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain.Tapi, bagaimana pula jika anda berdua berbeza prinsip? Di mana teman anda itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg anda berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. 

     Jika di dalam soal ini, anda harus pandai memainkan peranan anda utk menjamin kebahagiaan perhubungan anda. Jangan pula anda sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Anda seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada anda juga.

 
Contoh Hantaran mengikut taraf pendidikan zaman sekarang.

Masalah Pendidikan


     Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti anda. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada anda.



    Anda harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn anda berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. 


   Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin anda lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna taraf anda terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, anda haruslah menghormatinya. Mungkin juga anda merasai, anda telah dibelakangi, tetapi jgn anda membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu. 

Usia bukan penghalang.Mohd. Nor Musa, 38, suami kepada seorang warga
 emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundu

Masalah Usia

   
Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. 


   Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan anda pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu.


     Jadi anda harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu. antara contohnya seperti cinta Mek Wook kundur yang berusia 108 terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan umur mereka hampir 69 tahun.

Filem Ibu Mertuaku,lakonan P.Ramlee dan Sarimah
Masalah Keluarga

     Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila anda dan pasangan anda tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya.Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan.ada juga keluarga yang mementingkan harta,sama seperti kita melihat cerita-Filem-filem hindustan dan filem P-ramlee seperti Ibu Mertuaku atau Penarek Becha dimana majoriti jalan ceritanya adalah cerita cinta yang berlainan darjat.



    Mungkin zaman moden sekarang ni ada kes2 sedemikian.Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubungan anda, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, anda tidak boleh menyalahkan si dia. 


     Anda harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini anda harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Anda tahu kan itu semua utk anda juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu. 


   
Drama Snow Queen


Kepercayaan

      Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu.



     Anda haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidup anda si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Anda haruslah cuba faham. Mungkin hari yg anda tetapkan tidak sesuai baginya. 


Drama Nora Elena,lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha


Masalah  Komitmen

   Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga anda lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara anda dan si dia. 



    Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik anda jgn mengambil sebarang tindakan. Jika anda mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa diri anda. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.


Kesimpulanya   

Jadi walau apapun,aku tetap kejar impian aku.Bercinta?hurmm..terlalu subjective.buat masa sekarang mungkin aku nak fokuskan kepada study dulu.jodoh pertemuan di tangan tuhan,Aku senantiasa berdoa agar Allah temukan aku dengan jodoh yang sesuai dengan ku,dan menjadi pelengkap hidupku dikala susah ataupun senang..