Pages

Friday, May 11, 2012

Cara Lelaki Menguji Wanita

   Entri boys vs Girl kali ini ingin berkongsi dengan anda semua rahsia bagaimana cara lelaki menguji teman wanita mereka.samada anda ( wanita) perasan atau tidak.ini adalah salah satu cara lelaki ingin mengetahui keikhlasan hati mereka dalam perhubungan.

1. Adakah si dia materialistik? 

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
 

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu:
 Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya
                       dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus
                        memakainya. Kamu lulus.
Movie Adnan Sempit
Mengajak menikmati hidangan yang murah
 
Reaksi kamu:
 Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan 
                       dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati 
                       hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.



2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan
cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan 
cara ini:


babak dalam My super ex girlfriend movie

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan 

                       tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja 
                       diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan
                       itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

 
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon
                       perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar.
                        Anda lulus.



3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah 
cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji 
dengan cara ini:



Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: ”Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. 
                        Anda gagal.
Reaksi kamu: ”Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan 
                        hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.




Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: ”Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, 
 si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:
Drama korea  Secret Garden
Pergi melancong

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang     
                       dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain.
                       Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

 

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu.

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. 
                        Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik 
                       dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

ha! amacam?? ada tak yang pernah kena?? mesti ada kan.. so lepas ini.. berhati-hatilah.. hafal setiap jawapan yang diberi itu ye.. hihi ;-)

No comments:

Post a Comment