Entri cinta lagi,hu,hu2..tibe-tibe rasa nak menulis pulak pasal harini, ok kita masuk ke topik kita pada harini iaitu tentang "chemistry" cinta pada zaman sekarang.Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta
mencintai bererti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap
perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg
sama.
Mungkin pada anda kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu
sama lain.Tapi, bagaimana pula jika anda berdua berbeza prinsip? Di mana
teman anda itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg anda berikan atau
kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu.
Jika di
dalam soal ini, anda harus pandai memainkan peranan anda utk menjamin kebahagiaan
perhubungan anda. Jangan pula anda sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Anda seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia
akan memberi kesan negatif pada anda juga.
|
Contoh Hantaran mengikut taraf pendidikan zaman sekarang. |
Masalah Pendidikan
Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti anda. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap
pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara
tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan
pula daripada anda.
Anda harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai
imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri
utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn anda berasa
tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih
tinggi daripada kamu.
Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin anda lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah
bermakna taraf anda terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama,
tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, anda haruslah
menghormatinya. Mungkin juga anda merasai, anda telah dibelakangi, tetapi jgn anda membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.
|
Usia bukan penghalang.Mohd. Nor Musa, 38, suami kepada seorang warga
emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundu |
Masalah Usia
Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang.
Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya
berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna
cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya.
Cuba saling bertolak-ansur
antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah
bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu.
Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan anda pula adalah miliknya
pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya
telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu.
Jadi anda harus bijak di
dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu. antara contohnya seperti cinta Mek Wook kundur yang berusia 108 terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan
sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan
umur mereka hampir 69 tahun.
|
Filem Ibu Mertuaku,lakonan P.Ramlee dan Sarimah |
Masalah Keluarga
Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila anda dan pasangan anda tinggal di dalam
bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal
ini, kamu seharusnya memahaminya.Kadangkala masalah akan banyak timbul jika
kita tinggal berdekatan.ada juga keluarga yang mementingkan harta,sama seperti kita melihat cerita-Filem-filem hindustan dan filem P-ramlee seperti Ibu Mertuaku atau Penarek Becha dimana majoriti jalan ceritanya adalah cerita cinta yang berlainan darjat.
Mungkin zaman moden sekarang ni ada kes2 sedemikian.Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji
keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang
perhubungan anda, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke
rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya.
Jika ia berlaku di dalam hidupmu, anda tidak boleh menyalahkan si dia.
Anda harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini anda harus
berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia
sibuk dgn tugasnya ketika itu. Anda tahu kan itu semua utk anda juga, kan?
Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.
|
Drama Snow Queen |
Kepercayaan
Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu
jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam
menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan
itu.
Anda haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah
berlaku di dalam hidup anda si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Anda
haruslah cuba faham. Mungkin hari yg anda tetapkan tidak sesuai baginya.
|
Drama Nora Elena,lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha |
Masalah Komitmen
Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga anda lebih
mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih
mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu
penghalang di antara anda dan si dia.
Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum
kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik anda jgn
mengambil sebarang tindakan. Jika anda mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin
akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa diri anda. Mungkin
masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat
menyelamatkan perhubungan.
Kesimpulanya
Jadi walau apapun,aku tetap kejar impian aku.Bercinta?hurmm..terlalu subjective.buat masa sekarang mungkin aku nak fokuskan kepada study dulu.jodoh pertemuan di tangan tuhan,Aku senantiasa berdoa agar Allah temukan aku dengan jodoh yang sesuai dengan ku,dan menjadi pelengkap hidupku dikala susah ataupun senang..